MusicPlaylistRingtones
Create a playlist at MixPod.com

Thursday, November 13, 2008

::: Nyanyian Lagenda :::

Aku nak story moly sikit. Leh kan? ha². Ah, pe pendapat korang tentang muzik dulu dan sekarang? Bagi aku la, pe yang aku nampak dengan muzik dulu dan sekarang ialah rentaknya. Semakin hari semakin bertukar² mengikut zaman. Hari nie kita dengar. Pejam celik, bertukar lak rentaknya besok. Tue la muzik. Berubah². macam² jenis muzik ada sekarang nie. Sebagai contoh klasik, hip hop, pop, R&B dan lain-lain lagi.

Sebenarnya aku bukan nak mempersoalkan perbezaan muzik dulu dan sekarang. Biasa la, perubahan muzik mengikut zaman. Zaman kan dah maju. X-kan la kita nak duduk di takuk lama. Betul x? Tapi ingat, tanpa muzik² lama, tiada muzik² baru.

Perkara utama aku kat sini ialah Penyanyi² Lagenda di negara kita. MALAYSIA tanah air kita semua. Banyak wei Penyanyi² Lagenda di negara kita nie. Antaranya Tan Sri Dr P. Ramlee. Bukan setakat seorang penyanyi. Juga seorang pelakon, pengarah, pemain muzik dan penulis lagu. Setahu aku la, terdapat 356 buah lagu yang beliau cipta dan nyanyikan dan 63 buah filem yang diarahkan dan dilakonkan oleh beliau. Korang pernah terfikir x, Kalu beliau masih ada lagi. Macam ne ek corak industri muzik dan perfileman negara kita sekarang nie? Ah, tue korang leh fikir sendiri. he².

Minat mendalam di dalam dunia muzik khususnya membolehkan P. Ramlee memiliki kebolehan untuk bermain pelbagai jenis alat muzik dari alat-alat muzik tradisional hinggalah ke alat-alat muzik moden. Walaubagaimanapun, alat muzik kegemaran P. Ramlee ialah biola-nya yang boleh disaksikan di Memorial P. Ramlee di Setapak, Kuala Lumpur.

Dalam tahun 1955, P. Ramlee telah menubuhkan sebuah kugiran yang diberi nama 'Panca Sitara' yang mulanya dianggotai P. Ramlee, Normadiah, Aziz Jaafar, Ahmad C & Kassim Masdor. Kemudiannya, Normadiah & Aziz Jaafar telah diganti dengan Saloma & Ahmad Daud.

Lagu bertajuk 'Azizah' pada asalnya dinyanyikan P. Ramlee bersama kugiran terawalnya iaitu 'Teruna Sekampung'. 'Air Mata Di Kuala Lumpur' ialah lagu terakhir P. Ramlee yang dicipta untuk sebuah filemnya yang x sempat difilemkan. Lagu 'Air Mata Di Kuala Lumpur' dikatakan menceritakan kekecewaan P. Ramlee terhadap cita-citanya yang x tercapai di Kuala Lumpur.

P.Ramlee kembali ke rahmatullah pada 29 Mei 1973 akibat serangan jantung. Mendiang dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Ampang. Ketika itu mendiang menetap di Setapak yang mana rumahnya itu telah dijadikan muzium untuk memperingati beliau. Berita kematian beliau tersebar secara meluas melalui media ketika itu. Laluan Singapura Malaysia sesak dengan sanak saudara, sahabat handai & artis yang hendak melawat tokoh seni yang tiada gantinya lagi. Al-Fatihah.


Di Mana Kan Ku Cari Ganti
Hendak kunangis
Tiada berair mata
Hendak kusenyum
Tiada siapa nak teman
Lalaulah nasib
Sudah tersurat
Begini hebat
Apa nak buat
Di mana kan ku cari ganti
Serupa denganmu
Tak sanggup ku berpisah
Dan berhati patah - hidup gelisah
Alangkah pedih rasa hati
Selama kau pergi
Tinggalku sendirian
Tiada berteman dalam kesepian
Dunia terang menjadi gelita
Cahaya indah tiada bergema
Keluhan hati menambah derita
Kini kau jua tak kunjung jelma
Di mana kan ku cari ganti
Mungkinkah di syurga
Untuk kawan berduka
Menangis bersama - selama-selamanya

No comments: