MusicPlaylistRingtones
Create a playlist at MixPod.com

Wednesday, August 5, 2009

::: Bakat Besar :::

Uiks, baru je Michael Jackson@Mikaeel meninggal dunia. Tiba giliran pulak Yasmin Ahmad. Seorang pengarah filem dan juga penulis skrip yang berbakat besar. Walaupun Allahyarhamah x sehebat MJ. Tapi pemergiannya merupakan satu kehilangan besar dalam industri hiburan tanah air. Allahyarhamah menghembuskan nafasnya yang terakhir pada jam 11.25 malam tadi, 25 Julai 2009. Allahyarhamah Yasmin Ahmad dikatakan meninggal dunia akibat penyakit angin ahmar.

Walaupun filem yang dihasilkan oleh Allahyarhamah sering menimbulkan kontroversi. berbagai kritikan di terima. Tetapi Allahyarhamah tetap meneruskan perjuangan nya sebagai anak seni. Sikap cekal Allahyarhamah membuatkan aku minat ngan hasil seni nya.

Beberapa hari sebelum kejadian iaitu pada 23 Julai 2009 yang lalu, Allahyarhamah Yasmin Ahmad dikejarkan ke unit rawatan rapi (ICU) di hospital swasta setelah diserang angin ahmar pada kira-kira jam 4.30 petang di stesen TV3.Allahyarhamah kemudiannya dihantar ke Pusat Pakar Perubatan Damansara. Para doktor berjaya stabilkan Allahyarhamah sebelum membuat pembedahan kira-kira jam 6 petang untuk mengurangkan bengkak di otaknya.

Dalam post nie, aku de sediakan sedikit info tentang Allahyarhamah Yasmin Ahmad. Info nie aku anarm.net. Semoga Allahyarhamah ditempatkan bersama kekasih2 Allah S.W.T. Al-Fatihah. Amin.

Yasmin Ahmad
  • Anak kelahiran Muar, Johor
  • Berkelulusan Ijazah Sarjana Muda Psikologi dari Universiti Newcastle, United Kingdom.
  • Pernah bekerja sebagai trainee banker selama 2 minggu pada tahun 1982, seterusnya bekerja di IBM sebagai wakil pemasaran.
  • Memulakan kerjaya dalam bidang pengiklanan di Ogilvy & Mather
  • Merupakan seorang Pengarah Kreatif di Leo Burnett Kuala Lumpur
  • Dikenali melalui iklan-iklan Petronas
Filem-filem
  1. Rabun (2003)
  2. Sepet (2004)
  3. Gubra (2006)
  4. Mukhsin (2007)
  5. Muallaf (2008)
  6. Talentime (2009)
Commercial/Iklan
  1. Petronas TV Commercial (sempena Tahun Baru Cina, Hari Raya, Deepavali dan Hari Kebangsaan)
  2. Yuzy (2000) Kempen Keselamatan Jalan Raya Petronas
  3. Vas Dentures (2000) Celcom
  4. Tan Hong Ming In Love (2007) Iklan Petronas sempena Hari Merdeka
  5. Family (2008) untuk Kementerian Pembangunan Komuniti, Belia dan Sukan Singapore
  6. Funeral (2009) untuk Kementerian Pembangunan Komuniti, Belia dan Sukan Singapore
Anugerah dan Penamaan Calon
  • Malaysia Video Awards for Best Director (1999) – Forgiving Petronas commercial
  • Association of Accredited Advertising Agents Malaysia’s Golden Kancil Award for Best Advertising Agency (1999/2000)
  • Malaysia Video Awards silver award for Best Scriptwriting (2000) – Yuzy Petronas Road Safety Campaign
  • Malaysia Video Awards bronze award for Best Scriptwriting (2000) – Vas Dentures Celcom
  • Malaysian Film Festival awards for Most Original Story and Best Film (2005) – Sepet
  • Malaysia Film Festival awards for Best Screenplay and Best Film (2006) – Gubra
  • Berlin International Film Festival Grand Prix award by the Kinderfilmfest International Jury and Generation K-Plus Crystal Bear Special Mention (2007) – Mukhsin

Friday, December 12, 2008

::: Langkah² OAG :::

Band Alternatif, Rock n Pop. Kumpulan ini ditubuhkan pada 1992 di Kuala Lumpur, iaitu selepas mereka menyaksikan Konsert Ikhlas terbitan Roslan Aziz Productions (RAP). Anggota asal, Radhi, Lam dan Chi dilahirkan di bawah zodiak Leo. Oleh kerana itu mereka menggunakan singa sebagai lambang kumpulan OAG. OAG (Old Automatic Garbage). Band nie ditubuhkan pada tahun 1992. Diketuai oleh Radhi (Muhammad Radhi Razali; lahir 1978). Radhi sebagai penyanyi dan juga pemain gitar dalam band nie. Ivan Adin Naza (Telah menyertai kumpulan The Times) n Nizam (Muhammad Nizam Md. Norani; lahir 1978) penah menjadi pemain gitar dalam band nie. Sebelum dianggotai oleh Fizzul (Hafizul Azim Dahari; lahir 1981). Lam (lahir 1978) adalah pemain asal bass dalam OAG. Kemudian diganti oleh Edmund Eric (Wong Wai Kuen; lahir 1976). Pemain dram dalam band nie penah dianggotai oleh Chi (Qushairi Razali; lahir 1978) dan kemudian diambil alih oleh Zul (Azeezul Fitri Ahmad; lahir 1977).

Band nie penah memenangi beberapa anugerah. Antaranya Artis Baru Terbaik (Anugerah Industri Muzik ke-3 -1996) dan Album Inggeris Tempatan Terbaik (penerbit Paul Moss - album Boys & Girls 1+1=3 - Anugerah Industri Muzik ke-4 - 1997). Kemenangan nie telah menaikkan lagi nama OAG di seluruh Malaysia. Pencapaian terbaik yang penah mereka dapat ialah pencalonan akhir kategori Muzik Video Terbaik (lagu 60's TV - Anugerah Industri Muzik ke-3 - 1996) dan pencipta dan persembahan lagu Name Of The Game (lagu tema Kejohanan Piala Dunia Remaja FIFA / Coca Cola ke-9 di Kuala Lumpur - 1997). Band nie juga penah mengadakan konsert. Antaranya Rock The World IV (Open Air Car Park, KLCC, Kuala Lumpur - 2003), Rock The World V (Stadium Merdeka, Kuala Lumpur - 2004) n Rock The World 6 (Stadium Merdeka, Kuala Lumpur - 2005).


ALBUM

  1. Old Automatic Garbage (1994)
  2. Boys & Girl 1+1=3 - Pelbagai Artis (1996)
  3. Experimentally Playground 1967 - Limited Edition EP (1997)
  4. Melody Mocker (1999)
  5. "Slumber (Radhi-O Version)" Single (2002)
  6. Satelit Ink. (2003)
  7. OrAnG (2006)

LAGU SINGLE/DUET

  1. Name Of The Game (1997 / kompilasi Coca-Cola World Youth Cup Malaysia)
  2. Senyuman Ragamu, bersama Gerhana Ska Cinta (2004 / album Gerhana Ska Cinta - The New Authentic)
  3. Generasiku (2005 / soundtrack filem Gol & Gincu)
ALBUM KOMPILASI
  1. Radio Friendly Songs! - Pelbagai Artis (1998)
  2. Pheaw! Vol.1 - Pelbagai Artis (2000)
  3. OAG.comp (2000)
VIDEO CD
  1. Rock The World IV - Pelbagai Artis (2004)
  2. Rock The World V - Pelbagai Artis (2005)
  3. Live In Hard Rock Cafe KL, bersama The Times (2005)
  4. Tolong Sing-A-Long Vol. 1 (2005)
  5. Rock The World 6 - Pelbagai Artis (2006)
"Lagu kami adalah gabungan irama 60-an seperti irama M. Shariff dan The Beatles yang dicampurkan unsur alternatif 90-an seperti irama Nirvana". Nie adalah ungkapan kata dari Radhi OAG sendiri. Ungkapan nie telah disiarkan di dalam akhbar Utusan Malaysia pada 27 Jun 1995). Band nie terus maju n maju dari sehari ke sehari. Irama yang mereka perjuangkan seiring dengan kemajuan muzik di negara kita.
Sumber : MuzikRock.Com

Thursday, November 13, 2008

::: Nyanyian Lagenda :::

Aku nak story moly sikit. Leh kan? ha². Ah, pe pendapat korang tentang muzik dulu dan sekarang? Bagi aku la, pe yang aku nampak dengan muzik dulu dan sekarang ialah rentaknya. Semakin hari semakin bertukar² mengikut zaman. Hari nie kita dengar. Pejam celik, bertukar lak rentaknya besok. Tue la muzik. Berubah². macam² jenis muzik ada sekarang nie. Sebagai contoh klasik, hip hop, pop, R&B dan lain-lain lagi.

Sebenarnya aku bukan nak mempersoalkan perbezaan muzik dulu dan sekarang. Biasa la, perubahan muzik mengikut zaman. Zaman kan dah maju. X-kan la kita nak duduk di takuk lama. Betul x? Tapi ingat, tanpa muzik² lama, tiada muzik² baru.

Perkara utama aku kat sini ialah Penyanyi² Lagenda di negara kita. MALAYSIA tanah air kita semua. Banyak wei Penyanyi² Lagenda di negara kita nie. Antaranya Tan Sri Dr P. Ramlee. Bukan setakat seorang penyanyi. Juga seorang pelakon, pengarah, pemain muzik dan penulis lagu. Setahu aku la, terdapat 356 buah lagu yang beliau cipta dan nyanyikan dan 63 buah filem yang diarahkan dan dilakonkan oleh beliau. Korang pernah terfikir x, Kalu beliau masih ada lagi. Macam ne ek corak industri muzik dan perfileman negara kita sekarang nie? Ah, tue korang leh fikir sendiri. he².

Minat mendalam di dalam dunia muzik khususnya membolehkan P. Ramlee memiliki kebolehan untuk bermain pelbagai jenis alat muzik dari alat-alat muzik tradisional hinggalah ke alat-alat muzik moden. Walaubagaimanapun, alat muzik kegemaran P. Ramlee ialah biola-nya yang boleh disaksikan di Memorial P. Ramlee di Setapak, Kuala Lumpur.

Dalam tahun 1955, P. Ramlee telah menubuhkan sebuah kugiran yang diberi nama 'Panca Sitara' yang mulanya dianggotai P. Ramlee, Normadiah, Aziz Jaafar, Ahmad C & Kassim Masdor. Kemudiannya, Normadiah & Aziz Jaafar telah diganti dengan Saloma & Ahmad Daud.

Lagu bertajuk 'Azizah' pada asalnya dinyanyikan P. Ramlee bersama kugiran terawalnya iaitu 'Teruna Sekampung'. 'Air Mata Di Kuala Lumpur' ialah lagu terakhir P. Ramlee yang dicipta untuk sebuah filemnya yang x sempat difilemkan. Lagu 'Air Mata Di Kuala Lumpur' dikatakan menceritakan kekecewaan P. Ramlee terhadap cita-citanya yang x tercapai di Kuala Lumpur.

P.Ramlee kembali ke rahmatullah pada 29 Mei 1973 akibat serangan jantung. Mendiang dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Ampang. Ketika itu mendiang menetap di Setapak yang mana rumahnya itu telah dijadikan muzium untuk memperingati beliau. Berita kematian beliau tersebar secara meluas melalui media ketika itu. Laluan Singapura Malaysia sesak dengan sanak saudara, sahabat handai & artis yang hendak melawat tokoh seni yang tiada gantinya lagi. Al-Fatihah.


Di Mana Kan Ku Cari Ganti
Hendak kunangis
Tiada berair mata
Hendak kusenyum
Tiada siapa nak teman
Lalaulah nasib
Sudah tersurat
Begini hebat
Apa nak buat
Di mana kan ku cari ganti
Serupa denganmu
Tak sanggup ku berpisah
Dan berhati patah - hidup gelisah
Alangkah pedih rasa hati
Selama kau pergi
Tinggalku sendirian
Tiada berteman dalam kesepian
Dunia terang menjadi gelita
Cahaya indah tiada bergema
Keluhan hati menambah derita
Kini kau jua tak kunjung jelma
Di mana kan ku cari ganti
Mungkinkah di syurga
Untuk kawan berduka
Menangis bersama - selama-selamanya